Friday, August 28, 2009

Bahasa Melayu

Setelah tamat pelajaran saya di sekolah menengah (selepas peperiksaaan SPM), sangat jarang saya ada peluang menggunakan Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, saya sudah kian melupakan bahasa kebanggaan saya.

Sejak kecil lagi, Bahasa Melayu adalah bahasa yang paling senang saya belajari, daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Sejak dahulu lagi, Bahasa Melayu saya sering dipuji oleh cikgu-cikgu Bahasa Melayu kerana kefashiannya.

Bahasa China adalah bahasa yang paling susah saya belajari walaupun saya belajar di sekolah cina. Memang tidak aneh saya sering dipanggil oleh cikgu-cikgu Bahasa China saya untuk membuat kerja rumah tambahan, supaya saya dapat memperoleh markah yang lebih tinggi semasa peperiksaan (PMR - saya mendapat A dalam mata pelajaran cina, bukanlah senang tetapi susah! Saya menangis setelah saya balik ke rumah selepas peperiksaan cina itu kerana saya menggunakan 15 minit sahaja untuk menulis karangan cina saya).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tahap Bahasa Melayu saya sudah merosot setelah lama (3 tahun) saya tidak menggunakannya sehingga sekarang. Semasa saya menulis petikan ini, saya memerlukan beberapa minit untuk berfikir perkataan dan ayat yang sesuai sebelum saya menulis (perkataan Inggeris sering menari-nari dalam pemikiran saya, tidaklah saya dapat mengawal jari saya semasa menaipnya).

Bukanlah senang untuk menulis petikan Bahasa Melayu ini jika seseorang sudah lama 'ketinggalan zaman', tidak dapat mengikuti 'jejak langkah orang modern sekarang'.

~~~Selamat Buka Puasa~~~
*~*~*Hari Kebangsaan*~*~*



Saya ingin menggunakan gambar Tingkatan 2 saya (pertandingan drama bagi mata pelajaran Sejarah)dalam petikan ini, tetapi, gambar itu berada di M'sia. Jadi, terpaksalah saya menggunakan gambar lain sabagai pengganti.

No comments: